Showing posts with label etc. Show all posts
Showing posts with label etc. Show all posts

Saturday, 12 July 2014

Kekurangan dalam bicara 's' & 'r'

Assalamualaikum

Seronok sangat belajar mengaji semula dengan suami. Bukan semua oarang dapat peluang macam saya. Teruja dengan ramadhan. Saya bukanlah pandai baca dan masih belajar.

Biasalah bila suami tegur, banyak kali saya cuba baca dengan suami tetapi saya ni jenis lembut hati (sensitip lah tu). Tetapi ramadhan kali ni saya cuba saya janji sekurangnya semuka surat sehari. Alhamdulillah dapat dah satu muka surat hari ni. Bila di tegur dengan baca huruf sya cha.

Saya teringat masa sekolah dulu, ada seorang rakan kelas datang kepada saya dan suruh saya menyebut perkataan "saya suka makan nasi." saya dengan yakin pun menyebut perkataan tu seperti biasa. Selepas mendengar saya habis ayat tu mereka ketawakan saya.

Di sebabkan sering dibuli semasa sekolah rendah, jadi saya hanya biarkan. Langsung saya tak tanya kenapa mereka ketawa.

Bila dah makin dewasa, saya sedar saya agak sukar menyebut huruf S. Kadang-kadang ok.kadang-kadang tak ok. Saya rasa xkisah sgt. Sebab tak ketara pun dan orang takkan perasan. Sebab saya pernah dengar orang lain yang lebih teruk sebutannya dari saya.

P/s-ALLAH bagi kelebihan dan kekuranga saya terima dengan redha. Alhamdulillah

Tuesday, 1 July 2014

Ramadhan ya ramadhan hari ke dua...

Hari daging sedunya lah kut kat umah aku ni...sahur daging rebus...berbuka daging kicap...bersahur pagi td nasi grg daging.kalau kena darah tinggi pun memang padan.

Apa pun tahun ni masih bersahur berdua sahaja...apa nak huat rezeki belum ada...hakpir 5 tahun macam ni lah.masih ber TTC lagi.

InsyaALLAH. Tahun depan ada rezeki bertiga..

P/s- gambar sempat snap masa berbuka semalam...daging kicap n coslow xmewah.haha...

Thursday, 23 May 2013

Pembacaan membuatkan aku terpikir jauh...Siri Bercakap Dengan Jin: Tamar Jalis

Assalamualaikum...

Lama rasa nya sudah tak mencoret kat sini...dalam dua bulan pelbagai dugaan yang datang.Ada gembira dan ada sedih...harungi dengan tabah

Dalam 3minggu ni aku banyak membaca karangan Tamar Jalis: Bercakap dengan Jin.Seram??sampai bawa ke mimpi.tapi tanpa aku sedari aku banyak belajar jadi seorang ibu bapa yang sempurna dari pengalaman Tamar dengan datuknya.Ye bayangkan jika datuk dan neneknya lah yang membesarkan dia.ibarat ibu bapa jua lah yang menjaga anak.

Banyak petua dan kekuatan yang dapat kita pelajari dari buku tersebut.Bagaimana kita sebagai ibu bapa harus ajar cara yang betul dalam anak-anak menghormati dan adab budaya...yang bagi saya hampir lupus.

Jika anda pernah membaca buku-buku dari siri satu sehingga habis tentu anda akan faham apa yang saya cuba sampaikan...

Ada juga beberapa petua dan cara mendekatkan diri kita dengan ALLAH..ye lah kita sekarang makin lupa akan akhirat dan melihat hanya pada duniawi.

Semoga ALLAH membuka hati saya dan kamu..jika ada kelapangan carilah buku-buku ini.Bukan cerita hantu dalam buku ini tetapi bagi saya Tamar(Nama samaran) amat bertua punya seorang datuk dan nenek yang sungguh saya kagumi.Baik dari segi agama adat dan budaya..cukup lengkap segalanya.

Semoga kita dapat menjaga adab anak-anak yang akan datang dengan baik.kerana saya amat bimbang bila melihat tingkah laku mereka.

YaALLAH lindungi kami dan anak cucu kami dari godaan syaitan dan iblis.Aamiin...