Monday, 9 January 2012
perancangan ALLAH lebih baik
Semalam bangun pagi kerana ada kerja yang perlu di bereskan diluar rumah.mengikut jadual temujanji hendaklah bertolak seawal 8.30 pagi.setelah bersiap aku dan suami pun keluar kerumah.setiba di kereta si suami cuba menghidupkan enjin al-maklum kereta yang dah di pakai hampir tiga tahun tak pernah tukar bateri lagi.tapi di sebabkan baru sahaja services kereta kami tak sangka bateri kereta terus 'kong'.bila buka tempat bateri rupa-rupanya air bateri telah kering.adui...perasaan marah mula timbul dalam benak fikiran.tapi si suami mengingatkan bahawa sudah sampai masanya untuk menukar bateri, tidak perlu narah atau menyalahkan sesiapa.tapi sukar aku terima pada awalnya perkara ini berlaku saat kami benar-benar ada yang penting yang perlu dibuat.Dengan hati yang berat terpaksa me nyusahkan kawan untuk menghantar kami ke tempat yang patut dituju.dan kami jua terpaksa menyusahkan dia untuk menghantar kami ke bank dan bengkel kereta untuk membeli bateri kereta.mujur masih ada berbaki duit gaji hari.Sesungguhnya inilah perancangan ALLAH yang terbaik buat kami. Buatnya masa tengah bulan tak ke naya tak de duit.walaupun dalam muksibah begini aku bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dia menduga ku dengan dugaan yang mampu aku terima.Alhamdulillah.
tentang satu kehilangan
Hari minggu yang lepas tak tahu nak tengok cerita apa.tiba-tiba si suami membuka tv3. Cerita Mr Magorium's Wonder Emporium yang aku rasa cerita lama. Selepas mencari dan mencari akhirnya cerita itu pada tahun 2007. Di sebalik kisah itu aku merasakan adalah satu perkara yang menyedihkan jika kita kehilangan seseorang yang kita sayangi. Apa tah lagi orang tu sering bersama kita. Bagaiman kita untuk menghadapinya?
Aku terfikir bagaiman akan ku harungi hidup ini tanpa mereka yang aku sayangi.suara mereka,tawa mereka,aduh...terasa nak berlinangan air mata bila memikirkannya.
Sungguhpun apa yang bakal berlaku hari ini akan sentiasa mengingatiku supaya aku jangan sesekali melupakan mereka yang aku sayangi...dan mereka yang menyayangi aku.
Aku terfikir bagaiman akan ku harungi hidup ini tanpa mereka yang aku sayangi.suara mereka,tawa mereka,aduh...terasa nak berlinangan air mata bila memikirkannya.
Sungguhpun apa yang bakal berlaku hari ini akan sentiasa mengingatiku supaya aku jangan sesekali melupakan mereka yang aku sayangi...dan mereka yang menyayangi aku.
Subscribe to:
Comments (Atom)