Assalamualaikum w.b.t
Banyaknya saya nak share dengan kawan-kawan yang dah mula bertanya percutian kali ini.
Alhamdulillah syukur setelah beberapa kali nak bercuti ke langkawi akhirnya tercapai. Special thanks to my sis (Kak Long) and Abg Ipar (Abg Mie) yang banyak support dalam percutian kali ini. Tak lupa My lil sis Aima. Tq so much dear.
Let begin my experience now.
16hb Sept 2014 - 11.15 pagi menuju ke kajang rumah along saya.
16hb Sept 2014 - 7.15 malam - kami keluar dari rumah menaiki kereta menuju ke KTM Kajang
(bertolak dari rumah along sebabnye senang nak parking n memunggah barang. KTM kajang tak de space nak letak kereta so kawan abg mie datang dan tolong parking di tempat lain.Tq)
Jadi dari KTM kajang kami menuju ke KTM KL Central.
16hb Sept 2014 - 10.00 malam - Naik KTM KL Central menuju ke KTM Arau.
Disebabkan kami pergi masa cuti sekolah, almaklum memang penuh train dengan orang. Untuk pergi kami mengambil bahagian duduk sahaja. So paham-paham aje lah penuh lah dengan orang, suara pun banyak. Bising bila orang gunakan suara yang kuat bercerita dengan orang sebelah. sabar aje lah kalau jadi orang depan tu (sebab aku kena macam tu.huhu :( sampai terpaksa tunggu makcik berdua belakang aku ni sembang sampai pukul 1 pagi baru kami dapat lelap itu pun kejap aje. Pukul 4 dia sambung balik.huk,...huk...sabar aje lah.) Tempat duduk dia besar ada tempat letak makanan dan kaki. Selaraskan ke belakang dekat tempat tangan tapi memang lagi best naik bas kut sebab tempat duduk dia tak boleh kebelakang sangat.
So saya cadangkan amiklah katil.haha...
P/S - ada plastic putih jernih dia sediakan di tempat makan. (diselitkan) Jangan buang pulak yea..sebab plastic tu untuk isi sampah.
(lebih kurang macam ni lah tempat duduk kat atas ni lah.)
Jangan risau pasal makanan ada orang akan datang ke masa mula-mula keretapi nak berlepas tapi tengoklah kalau kedudukan kita tu jauh maka lambat lah sampai orang dari cafe jual makanan bergerak tu. Dia kata akan datang tiga kali (Pukul 10.00 malam,3.00 pagi dan 8.00 pagi) tapi yang aku sedar dia datang pukul 10.00 malam dan 8.00 pagi. Mungkin masa dia datang pukul 3.00 pagi tu aku tidur mati.
Kami memang tahu makanan dalam train mahal jadi kami bawa bekal.Air meneral RM2.00 (tu je aku beli.)
Train ni banyak berhenti antara yang aku ingat Sungai buluh,
Thursday, 25 September 2014
Tuesday, 23 September 2014
Kisah Hidup: Bilakah dan Apakah saat yang paling sedih dalam hidup awak?
Assalamualaikum...
Ini adalah catatan hidup saya. Saya dan suami sering bertukar pandangan, dan seperti biasa saya suka bertanya sesuatu. Almaklumlah suami kadang-kadang sangat sukar nak tunjukkan perasaan mereka yang sebenar. Dan salah satu soalan saya padanya ialah: Bilakah saat yang paling sedih dalam hidup awak? kerana saya sedia maklum kami berdua bukan dari keluarga yang senang. Jadi mungkin ada memori yang paling menyedihkan dalam hidup dia. Tetapi hari itu dia hanya menjawab, "abang tak ingat apa yang paling menyedihakan dalam hidup abang. sebab abang dah buang jauh memori yang tidak baik/ seronok. Apa yang abang nampak masa hadapan abang nak bahagia dengan b.". benar dan jujur suami saya tidak pernah ungkit segala kesalahan atau keburukan saya (kecuali jika dia ingin mengusik saya.)
Tetapi pagi tadi, saya keluar membelikan makanan sarapan kami, dia ada di dalam kereta. selepas sampai di hadapan pejabat saya, kami seperti biasa bersalaman, tiba-tiba suami memeluk saya dengan erat. saya sedar sekembalinya saya dalam kereta selepas membeli sarapan, saya nampak suami termenung. Dalam keadaan terpingga-pingga saya bertanya, "kenapa abang peluk ni? kenapa abang macam bersedih?" Dan dia menjawab, "Abang teringat b pernah tanya abang bila dan apakah waktu yang paling sedih dalam hidup abang, sedangkan abang dah buang jauh dari kotak memori tetapi pagi ni abang teringat yang soalan tu. B abang teringat bila b keguguran, abang tak de di sisi b. Abang di pejabat dan sewaktu baby keluar pun abang tak dapat temankan. Abang rasa itulah waktu paling sedih dalam hidup abang." Saya cuba tenangkan dia dan menjawab semua sudah ditentukan buat kita dan anak kita menunggu di SANA.
Benar ketika saya mengandung, suami meminta saya mengambil Medical Leave atas sebab saya sukar tidur malam dan sakit perut, Pada hari itu, saya berehat sepagi dan mula mencuci toilet hampir tengahari dan dia datang ambil saya di rumah. semalam saya buat gaji dan agak stress di pejabat. Perut jugak kerap sakit kerana di pejabat saya terpaksa mengangkat file yang berat untuk persediaan kilang kami meaplikasikan ISO. Sungguh saya penat di pejabat dan tertekan. Sepanjang berada di rumah saya hanya berehat dan tergerak hati mencuci toilet sebab beberapa kali hampir terjatuh kerana lantai licin. tengahari suami balik say amasih berpuasa hari yang ke-8. Kami keluar ke klinik dan membeli barang dapur untuk juadah berbuka nanti. Suami minta saya buatkan bubur kacang hijau dan sata teringin nak makan bubur caca. Talian telephone jua ada masalah saya menghubungi TM dam mereka datang pada petang nanti.
Sekembali dari klinik dan membeli barang rumah, dalam kereta suami memegamg perut saya dan dapat rasa tendangan kaki anak saya yang pertama. Sungguh kami bahagia hari itu. Tetapi pada pukul 3 petang perut makin kerap sakit. Saya telephone suami dan dia cakap nak balik rumah. Saya laragng dan cakap sakit sudah hilang. Memang saya suka menahan sakit jadi saya tak kisah jika sakit sebegitu bagi saya itu sakit biasa ( Sebab dengar dari sahabat sakit bersalin teramat sakitnya). Saya meletak telephone dan cuba tidur di sofa.Tiba-tiba saya rasa nak kencing tetapi belum sempat saya ke toilet saya rasa kaki dan seluar penuh dengan air (sungguh saya taktahu itu air ketuban sudah pecah).
Saya menuju ke toilet dan nampak ada darah keluar.masa itu sakit mula serang bahagian perut, Saya menuju ke ruang tamu mengambil telephone. Saya telephone suami sambil darah dah memenuhi kaki saya kembali semula ke toilet sambil mengis. Anak yang di inginkan selama 3 tahun. Saya baring kaki di toilet kerana darah banyak keluar dan badan di dalam. Tiba-tiba say teringat suami tiada kunci rumah kerana kunci telah diberikan kepada adik saya. Saya kembali ke pintu dan membuka kunci rumah dan kembalik ke toilet.Darah dah penuh kedalam rumah, seluruh rumah berdarah. Sambil saya mengis saya berbaring. Entah saat itu saya rasakan lambatnya suami sampai ke rumah. Sungguh saya sedih. Sekembali suami dia kelihatan panik dan pucat (suami fobia dengan darah yang banyak, say risau dia pitam siapa pulak yang nak bawak ke hospital.) saya katakan dia saya nak ambil seluar dan towel saya balut supaya tak kena kereta.dengan tenang saya minta dia bawakan saya ke hospital yang dekat. (Masa tu Hospital Sg Buloh tempoh masa dalam 45minit jika tak jam) dengan jalan berlubang-lubang.
Masa dalam hospital nurse buat tak tahu almaklum saya mampu tersenyum lagi (Saya memang di ajar untuk melawan sakit sejak kecil) saya menuggu sama seperti pesakit lain untuk checking. ketika masuk doktor kata kaki baby dah terkeluar dan tiada harapan. (dalam kereta pun saya ada cakap macam tiada harapan pada suami supaya dia bersedia untuk kehilangan anak kami,)
Redha saya kata ketika itu. Posting di FB dan meminta maaf pada semua kawan-kawan yang banyak mendoakan saya. Maaf buat keluarga kami yang tercinta kerana inilah kelahiran yang di tunggu buat mama saya.Sedih tak dapat saya tunjukkan di saat tu hanya saya ingin kuat kerana baby masih belum keluar sepenuhnya. doktor minta saya tunggu sehingga baby keluar semulajadi. Saya keluar menemani suami. Sungguh dia nampak kuat demi saya. Kami sempat berbuka puasa bersama. Semalaman dia di hospital dan baca yassin buat anak kami sambil menunggu baby keluar. Dia tak dapt temankan saya kerana saya hanya duduk di wad sementara sahaja. (Dimana kebanyakkan nya sedang sarat mengandung cuma tunggu masa untuk melahirkan anak sahaja.
Sempat bersembang dengan kakak sekeliling, rupanya ramai yang seperti saya. Jadi saya pasrah aja dengan takdir kami. Saya rasa baby tak dapat keluar sebab saya dan suami belum betul-betul redha dengan kehillangan anak kami ini. Jadi saya beri sms pada suami dan minta dia redha. saya pun sama.
Suami minta saya bacakan sms pada babynya. yang ayah redha baby pergi, dan tunggu kami di SANA nanti. Selepas beberapa minit, sakit mula datang makin kerap. tanpa saya sedar baby dah keluar sampai ke bahu. hangatnya kepala baby masih terasa sehingga kini. (Baby ku songsang) ketika doktor datang cuma kepala baby sahaja yang tinggal untuk keluar. Dan suami tiada di sisi. kerana itu kesedihan dalam hati dia berganda.
Moga pengalaman ini akan kekal sebagai memori dah setahun lebih ia berlalu namun itu lah saat paling sedih duka dalam hidup kami. Hari jumaat ini hari aniversary kami yang ke 5.kami masih berdua.
Semoga ALLAH permudahkan rezeki kami selepas ini. aamiin.
asuna-kirito
arisa matsumara-akira jinggo
nisa-hanif
pejabat
23/9/2014
9.32am
hanya dalam kenangan.
p/s- hanya mereka yang melaluinya tahu sukar untuk terima tetapi kuatlah teruskan sisa hidup jika bukan di dunia, di akhirat nanti akan ALLAH makbulkan doa kita.

Subscribe to:
Comments (Atom)