Thursday, 24 July 2014

Ramadhan ke 26 hampir ke hujungnya

Assalamualaikum...saat ni sakit perut melanda kembali..betul tahun 2013-2014 tahun mencabar bagi ku.

Sedihnya tahunini juga bukanlah ramadhan ku yang seperti yang aku inginkan...kemalangan demi kemalangan menimpa...bukan excident...hihi..

Makin tiada selera nak bersahur dan berbuka. Semalam kami ke pasar malam...dapatlah merembat sehelai selendang sayangnyabtak cukup besar...gasaklah mcm mana pun pakai nanti.

Berbuka dengan sup power dan bihun sahaja. Baru-baru ni buat preg test masih hampa. Jadi kami beli air tebu...lama dah mengidam nak minum

Lepas subuh tadi melelapkan diri jap...boleh pulak mimpi temankan suami memancing...lama dah dia tak memancing seingat ku. Aku berdoa agar mimpi ini menjadi kenyataan...aamiin.

P/s-kenapa raya kali inj benar2 hanbar...memang tak rasa nak beraya je...haha

Monday, 14 July 2014

Kuih raya buatan sendiri...

Assalamualaikum...

Penat bila keje balik kejar nak memasak. Hari minggu pulak pulun nak buat kuih raya. So dah kawtim ngan kakak yang sulung nak buat 3 jenis 5 bekas. Kak long pun sama.

Antara biskut yang siap dlm dua minggu ni... ;-)

Popia nestum

Biskut bunga dahlia
Kuih makmur

P/s- biskut makmur ni mama request suruh menantu dia buatkan...en suami 

Saturday, 12 July 2014

Kekurangan dalam bicara 's' & 'r'

Assalamualaikum

Seronok sangat belajar mengaji semula dengan suami. Bukan semua oarang dapat peluang macam saya. Teruja dengan ramadhan. Saya bukanlah pandai baca dan masih belajar.

Biasalah bila suami tegur, banyak kali saya cuba baca dengan suami tetapi saya ni jenis lembut hati (sensitip lah tu). Tetapi ramadhan kali ni saya cuba saya janji sekurangnya semuka surat sehari. Alhamdulillah dapat dah satu muka surat hari ni. Bila di tegur dengan baca huruf sya cha.

Saya teringat masa sekolah dulu, ada seorang rakan kelas datang kepada saya dan suruh saya menyebut perkataan "saya suka makan nasi." saya dengan yakin pun menyebut perkataan tu seperti biasa. Selepas mendengar saya habis ayat tu mereka ketawakan saya.

Di sebabkan sering dibuli semasa sekolah rendah, jadi saya hanya biarkan. Langsung saya tak tanya kenapa mereka ketawa.

Bila dah makin dewasa, saya sedar saya agak sukar menyebut huruf S. Kadang-kadang ok.kadang-kadang tak ok. Saya rasa xkisah sgt. Sebab tak ketara pun dan orang takkan perasan. Sebab saya pernah dengar orang lain yang lebih teruk sebutannya dari saya.

P/s-ALLAH bagi kelebihan dan kekuranga saya terima dengan redha. Alhamdulillah

Friday, 11 July 2014

Pelajar dan adab

Di sebabkan sibuk di opis tak sempat nak solat asar. Terpaksa solat kat tesco puncak alam ni. Bilik solat yang kecik tu ternampak tiga orang perempuan. Yang sorang keluar saya agak dia bukan datang dari group tu sebab nampak mcm orang yang bekerja.

Saya hanya nak kongsi adab ketika berada di dalam surau...ya ALLAH tempat solat tu saya kira hanya dlm 5 orang sahaja yang boleh muat untuk saf depan dan belakang dlm 3 orang. Kain sembahyang dalam keadaan baik. Saya dapat agak dua orang permpuan ini pelajar dan baru sahaja sambung belajar di uitm ni. Yang saya kurang berkenaan dengan adab salah serang dari mereka ni.

Saya yang siap mengambil air sembahyang nak masuk solat saya melihat salah seorang masih lengkap bertudung, senyap dan tertib. Tetapi rakannya dah lah tak bertudung (mereka duduk di hujung di mana kalau pintu di buka sah2 lelaki nampak.), terbaring dengan kain singkap (bagi saya amat kurang sopan), bercakap dengan kuat (mengangu saya yang ingin bersolat.sedangkan membaca bacaan dalam solat dengan kuat itu pun dah mengangu ini pula bercakap benda yang tidak berfaedah.), dan mengangkat handphone dan bercakap dengan kuat walaupun rakannya tadi dua kali menegur ketika saya masih solat.

Mana adab kita sebagai oarang yang lebih muda. Mungkin dia ingat saya ni sebaya mereka sebab cara saya berpakaian tetapi menghormati oarang beribadat tu pun perlu. Jangan kita ni belajar aje pandai tetapi akhlak dan etika tiada. Bagi saya sedih dengan generasi muda sekarang ni. Rata-rata dan makin ramai yang hilang akhlak dan maruah diri

P/s- boleh plak borak pasal boyfriend yang paling tak boleh belah dapat langgar dengan lelaki pujaan kawan dia...suka sangat langgar-langgar dengan lelaki. Dari macam tu baik peluk aje. Panas je hati dengar. Memalukan aje pelajar sekarang ni. Benda yang buruk nak di banggakan sangat

Ramadhan ya ramadhan ke 13

Assalamualaikum...ya ALLAH cepatnya masa berlalu...sedih ramadhan hanya tingal separuh lagi dan akan meninggalkan kita. Berita pengeboman di gaza betul-betul membuat hati saya sedih. Bukan itu sahaja kes penculikan dan penganiayaan binatang juga...

Semoga dibulan mulia ini ALLAH akan membantu umat-umatnya di palestine.

Hari ni berkejar ke tesco membeli barang. Saya amat bernasib baik kerana tak ramai orang waktu membayar. Manakan tidak nanti balik mesti bermarathon di dapur.kalau masak ala western tu biasa serah kat suami tapi kali ni dia request nasi lemak dari isnin lagi...hari ni dah jumaat pun.

P/s- ada di antara gambar yang suami atau saya masak tapi bukan hari ni tetapi sepanjang tak aktif berblog dua tiga hari ni..

Nasi lemak hari ni...sejam siap

 
Ni suami masakkan siap buat meatball sendiri

Tenpayaki di rumah...mudah aja...sambil berbuka sambil masak.hihi...pun suami masakkansayur wajib ada.. 

Friday, 4 July 2014

Ramadhan ya ramadhan...hari ke 6

Assalamualaikum semua...

Betul tak sangka kan dah masuk hari ke 6. Gaji baru masuk baru lah boleh pikir nak beli baju raya. Disebabkan badan agak besar kenalah cari baju kat plus size. Adalah kut harapnya...

Semalam kami berbuka buat tenpayaki sendiri kat rumah..mudah sangat. Masak nasi lepastu sedikanlah sos dan ayam dan daging. Nak tambah sotong dan udang pun boleh jugak. Macam en H dia tak boleh makan tanpa sayur.

Puding jagng mudah pun ada lagi. Senangnya bila en H ni bukan jenis cerewet bab makan..kalau kat rumah lah. Kalau kat luar...perhhh pening kepala di buatnya.

Cuci mata dengan makanan semalah neh. Nanti kita selitkan resepi yea...selamat berpuasa dan bersahur semua.. ;-)

Tuesday, 1 July 2014

Ramadhan ya ramadhan hari ke dua...

Hari daging sedunya lah kut kat umah aku ni...sahur daging rebus...berbuka daging kicap...bersahur pagi td nasi grg daging.kalau kena darah tinggi pun memang padan.

Apa pun tahun ni masih bersahur berdua sahaja...apa nak huat rezeki belum ada...hakpir 5 tahun macam ni lah.masih ber TTC lagi.

InsyaALLAH. Tahun depan ada rezeki bertiga..

P/s- gambar sempat snap masa berbuka semalam...daging kicap n coslow xmewah.haha...