Assalamualaikum w.b.t
Banyaknya saya nak share dengan kawan-kawan yang dah mula bertanya percutian kali ini.
Alhamdulillah syukur setelah beberapa kali nak bercuti ke langkawi akhirnya tercapai. Special thanks to my sis (Kak Long) and Abg Ipar (Abg Mie) yang banyak support dalam percutian kali ini. Tak lupa My lil sis Aima. Tq so much dear.
Let begin my experience now.
16hb Sept 2014 - 11.15 pagi menuju ke kajang rumah along saya.
16hb Sept 2014 - 7.15 malam - kami keluar dari rumah menaiki kereta menuju ke KTM Kajang
(bertolak dari rumah along sebabnye senang nak parking n memunggah barang. KTM kajang tak de space nak letak kereta so kawan abg mie datang dan tolong parking di tempat lain.Tq)
Jadi dari KTM kajang kami menuju ke KTM KL Central.
16hb Sept 2014 - 10.00 malam - Naik KTM KL Central menuju ke KTM Arau.
Disebabkan kami pergi masa cuti sekolah, almaklum memang penuh train dengan orang. Untuk pergi kami mengambil bahagian duduk sahaja. So paham-paham aje lah penuh lah dengan orang, suara pun banyak. Bising bila orang gunakan suara yang kuat bercerita dengan orang sebelah. sabar aje lah kalau jadi orang depan tu (sebab aku kena macam tu.huhu :( sampai terpaksa tunggu makcik berdua belakang aku ni sembang sampai pukul 1 pagi baru kami dapat lelap itu pun kejap aje. Pukul 4 dia sambung balik.huk,...huk...sabar aje lah.) Tempat duduk dia besar ada tempat letak makanan dan kaki. Selaraskan ke belakang dekat tempat tangan tapi memang lagi best naik bas kut sebab tempat duduk dia tak boleh kebelakang sangat.
So saya cadangkan amiklah katil.haha...
P/S - ada plastic putih jernih dia sediakan di tempat makan. (diselitkan) Jangan buang pulak yea..sebab plastic tu untuk isi sampah.
(lebih kurang macam ni lah tempat duduk kat atas ni lah.)
Jangan risau pasal makanan ada orang akan datang ke masa mula-mula keretapi nak berlepas tapi tengoklah kalau kedudukan kita tu jauh maka lambat lah sampai orang dari cafe jual makanan bergerak tu. Dia kata akan datang tiga kali (Pukul 10.00 malam,3.00 pagi dan 8.00 pagi) tapi yang aku sedar dia datang pukul 10.00 malam dan 8.00 pagi. Mungkin masa dia datang pukul 3.00 pagi tu aku tidur mati.
Kami memang tahu makanan dalam train mahal jadi kami bawa bekal.Air meneral RM2.00 (tu je aku beli.)
Train ni banyak berhenti antara yang aku ingat Sungai buluh,

No comments:
Post a Comment