Satu kajian telah dibuat dimana 2 biji pisang mempunyai tenaga yang cukup untuk membolehkan seseorang itu melakukan senaman selama 90 minit. Pisang adalah buah yang memberikan tenaga dalam kadar segera dan berterusan. Selain itu, pisang juga dikatakan mampu mencegah dan merawat beberapa penyakit dan juga bagus untuk perut kita.
Tekanan atau stress
- Pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.
Anemia
- Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
- Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Penghadaman
- Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Panas Jantung
- Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
- Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk
- Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.
Ulser perut dan mulut
- Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.
PERINGATAN! Walaupun pisang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri namun pisang tidak sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula dalam pisang adalah sangat tinggi dan mungkin boleh memudaratkan kesihatan si pesakit.
No comments:
Post a Comment