Assalamualaikum
Kes nak jadikan onigiri ni sebab dah dua tiga hari aku conplaint kat suami beras yang kami beli hari tu terlalu lembut. Bila aku pikir banyak kali rasa beras macam ni lah sesuai buat onigiri atau sushi. Sebab dah bape kali sukatan air dikurangkan...sebab tak nak bagi nasi lembut sangat tetapi tetap lembut.
Adalah hikmah ALLAH bukak hati beli beras ni sb selalu sgt pk nak buat onigiri or sushi ni
Panjangnya mukadimah...jom kita tengok resepi.
Untuk nasi:
1 1/2 pot beras
Garam secukup rasa
Gula secubit
1 sudu teh cuka mkn
Isi
1 ketul ayam bahagian isi sahaja
Secubit lada sulah - saya pakai lada hitam
Secubit garam
Sedikit minyak - lebih baik pakai olive oil
2 sudu mayonise
Seaweed
Cara penyediaan
1. Basuh beras dan masak macam biasa - saya letak garam secubit
2. Sambil tunggu nasi masak. Potong ayam kecil2 supaya cepat masak.
3. Letakkan minyak (kalau pakai yang jenis tak melekat tak.perlu minyak).goreng ayam letakkan lada sulah dan garam.goreng sampai kekuningan.jangan hangit.
4.angkat ayam dan dan potong mengunakan pisau supaya jadi lebih kecil dan halus.
5.gaulkan ayam dengan mayonis dan ketepikan
6.setelah nasi masak. Panas-panas masukkan gula dan cuka gaul sehingga sebati.
7. Letakkan di atas tapak tangan dan leperkan.letak inti di tengah.kepal nasi sehingga menjadi bulat
8. Barulah buatkan bentuk tiga segi atau biarkan bentuk bulat.
9. Letakkan nori dibawa dan susun dalam bekal.
Kalau malas nak buat inti boleh beli sardin di pasaraya yang dah siap dengan mayonise sebagai ganti.
Beras yang saya gunakan beras cap udang. Memang sedap beras tu.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment