Monday, 12 May 2014

Selamat Hari Mama dan Mak



Assalamualaikum...maaf lah saya ada mama n mak...xde ibu.Jadi ucapan ni mesti lah pada mama saya dan mak saya.kan?


Ucapan buat Mu (Buat Mama dan mak)

Hari ini aku membuka mata
Membawa satu lembaran yang baru bermula
Dari doa mak dan mama
Pada yang Maha Esa


Terima kasih wahai mama

kerana sudi memgandungkan diri ini
Menyusahkan diri untuk menjaga anak mu ini
siang dan malam sehingga kini
walaupun aku sudah bergelar isteri

kamu masih mampu tersenyum
bila aku mengotori pakaian ku
masih tersenyum melihat perilaku ku
yang tak tergambar dengan kata-kata

masih aku ingat ketika aku gagal
di pehamu tempat ku merebahkan segala kekesalan
dan kau masih lagi kuat
melihat air mata ini jatuh
aku tahu kamu terluka dengan kesedihanku
tapi kata semangat mu tak pernah hilang dari bibirmu

ketika aku sakit terbaring tak mampu berbuat apa
kau hulurkan kasih sayangmu
itu lah ubat yang menyembuhkan aku
yang membuat aku kembali bangkit
menuju hari baru

Wahai Mak

Terima kasih kerana melahirkan suami ku
tanpa mu, tiada dia, tiadalah temanku
terima kasih kerna menerima aku
walaupun hanya sebagai menantu

tanpa mu aku takkan tahu
apa itu kasih sayang seorang suami
yang teramat aku cintai

terima kasih kerana menjaga dan mengajar dia
kerana dia aku kini mampu tersenyum bahagia
terima kasih wahai mak

terima kasih YA ALLAH

memberikan aku dua insan mulia
hanya yang mampu aku pinta buat dua wanita kuat ini
Ampunilah dosa2 mama dan mak
Berikan lah mereka peluang ke rumah MU
Berikanlah kesihatan yang baik pada mereka
Panjangkanlah umur mereka
Berikanlah segala keberkatan dalam hidup mereka
bantulah aku melindungi mereka
dari apa jua permasalahan dan dugaan

kasih sayang ini takkan mampu ku ucapkan
bukan hari ini sahaja hari mama dan mak buatku
Hari-hari tanpa kamu berdua dunia ku sepi
Hari-hari adalah hari mama dan mak

Selamat Hari Mama dan Mak
buat mamaku che napiyah
serta ibu mertua ku


luahan rasa dari seorang anak

nurkilan: nisa umairah

♥ kasih sayang ini takkan padam walaupun sedetik ♥

No comments:

Post a Comment