Assalamualaikum
Seronok sangat belajar mengaji semula dengan suami. Bukan semua oarang dapat peluang macam saya. Teruja dengan ramadhan. Saya bukanlah pandai baca dan masih belajar.
Biasalah bila suami tegur, banyak kali saya cuba baca dengan suami tetapi saya ni jenis lembut hati (sensitip lah tu). Tetapi ramadhan kali ni saya cuba saya janji sekurangnya semuka surat sehari. Alhamdulillah dapat dah satu muka surat hari ni. Bila di tegur dengan baca huruf sya cha.
Saya teringat masa sekolah dulu, ada seorang rakan kelas datang kepada saya dan suruh saya menyebut perkataan "saya suka makan nasi." saya dengan yakin pun menyebut perkataan tu seperti biasa. Selepas mendengar saya habis ayat tu mereka ketawakan saya.
Di sebabkan sering dibuli semasa sekolah rendah, jadi saya hanya biarkan. Langsung saya tak tanya kenapa mereka ketawa.
Bila dah makin dewasa, saya sedar saya agak sukar menyebut huruf S. Kadang-kadang ok.kadang-kadang tak ok. Saya rasa xkisah sgt. Sebab tak ketara pun dan orang takkan perasan. Sebab saya pernah dengar orang lain yang lebih teruk sebutannya dari saya.
P/s-ALLAH bagi kelebihan dan kekuranga saya terima dengan redha. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment