Friday, 11 July 2014

Pelajar dan adab

Di sebabkan sibuk di opis tak sempat nak solat asar. Terpaksa solat kat tesco puncak alam ni. Bilik solat yang kecik tu ternampak tiga orang perempuan. Yang sorang keluar saya agak dia bukan datang dari group tu sebab nampak mcm orang yang bekerja.

Saya hanya nak kongsi adab ketika berada di dalam surau...ya ALLAH tempat solat tu saya kira hanya dlm 5 orang sahaja yang boleh muat untuk saf depan dan belakang dlm 3 orang. Kain sembahyang dalam keadaan baik. Saya dapat agak dua orang permpuan ini pelajar dan baru sahaja sambung belajar di uitm ni. Yang saya kurang berkenaan dengan adab salah serang dari mereka ni.

Saya yang siap mengambil air sembahyang nak masuk solat saya melihat salah seorang masih lengkap bertudung, senyap dan tertib. Tetapi rakannya dah lah tak bertudung (mereka duduk di hujung di mana kalau pintu di buka sah2 lelaki nampak.), terbaring dengan kain singkap (bagi saya amat kurang sopan), bercakap dengan kuat (mengangu saya yang ingin bersolat.sedangkan membaca bacaan dalam solat dengan kuat itu pun dah mengangu ini pula bercakap benda yang tidak berfaedah.), dan mengangkat handphone dan bercakap dengan kuat walaupun rakannya tadi dua kali menegur ketika saya masih solat.

Mana adab kita sebagai oarang yang lebih muda. Mungkin dia ingat saya ni sebaya mereka sebab cara saya berpakaian tetapi menghormati oarang beribadat tu pun perlu. Jangan kita ni belajar aje pandai tetapi akhlak dan etika tiada. Bagi saya sedih dengan generasi muda sekarang ni. Rata-rata dan makin ramai yang hilang akhlak dan maruah diri

P/s- boleh plak borak pasal boyfriend yang paling tak boleh belah dapat langgar dengan lelaki pujaan kawan dia...suka sangat langgar-langgar dengan lelaki. Dari macam tu baik peluk aje. Panas je hati dengar. Memalukan aje pelajar sekarang ni. Benda yang buruk nak di banggakan sangat

No comments:

Post a Comment